GEORGE TOWN: Kesanggupan bersengkang mata demi mengulang kaji pelajaran membuahkan hasil buat dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lelaki (L) Methodist yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Liew Ray Hong dan Lee Sim Yee yang juga rakan sekelas itu, masing-masing mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Pengajian Am, Prinsip Akaun, Sejarah dan Ekonomi dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.
Menurut Liew, 20, dia tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang kerana dalam ujian dan peperiksaan sebelum ini tidak pernah mencatat keputusan sehingga PNGK 4.00.
''Peperiksaan STPM ini memang sukar dan saya mengulang kaji bersungguh-sungguh semasa menghadapi peperiksaan ini. Ada ketika saya tidak tidur selama 24 jam bagi mengulang kaji pelajaran terutama dalam subjek Pengajian Am dan Sejarah.
"Semasa jawab peperiksaan bagi dua subjek itu memang tak tidur 24 jam. Memang saya betul-betul bersungguh ulang kaji sebab nak dapatkan keputusan cemerlang...dan bila dapat keputusan cemerlang tadi saya sangat gembira," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Liew yang bercita-cita menjadi peguam, berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya (UM).
Sementara itu, Lee, 21, berkata dia tidak menyangka memperoleh PNGK 4.00 dalam STPM kerana kesemua subjek yang diambilnya amat sukar.
''Saya turut mengambil kelas tuisyen secara dalam talian bagi mata pelajaran Pengajian Am kerana subjek ini amat sukar dan saya gembira kerana rakan baik saya turut memperoleh keputusan cemerlang hari ini,'' katanya yang mahu menyambung pelajaran dalam bidang pentadbiran perniagaan di UM.
Keputusan STPM bagi peringkat Pulau Pinang disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Abdul Rashid Abdul Samad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
(Dari kiri) Lee Sim Yee, Lieu Ray Hong, Lee Wei Dee, Teh Jhia Yi, Cheah Fen Nee dan Tan Khar Yi (depan) menujukkan keputusan cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 masing-masing hari ini. - Bernama
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.
Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang
Izzah menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan CGPA 3.77 selain menerima anugerah dekan.
Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran
Mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk fokus bagi mengingat fakta, untuk menjawab soalan peperiksaan.
Sanggup bersengkang mata, dua sahabat cemerlang STPM
Liew Ray Hong dan Lee Sim Yee masing-masing mendapat A bagi mata pelajaran Pengajian Am, Prinsip Akaun, Sejarah dan Ekonomi dengan PNGK 4.00.
Sibuk jaga ibu, pelajar cemerlang Bachok tak sangka raih 11A
Anak bongsu daripada enam beradik itu percaya sedikit sebanyak asbab kejayaan tersebut adalah kerana beliau mengutamakan ibunya.
Penuntut cemerlang IPT maut jatuh bangunan
Mangsa pernah beberapa kali memenangi Anugerah Dekan, fasih berbahasa Inggeris serta aktif dalam pelbagai aktiviti pelajar.
MARA hantar 1,300 pelajar cemerlang lanjut pelajaran ke luar negara
Seramai 1,300 pelajar cemerlang tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihantar melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin
Amalan membaca surah al-Waqiah dan Yasin hampir setiap hari antara rahsia kejayaan Nur Yasmin Hani, sehingga dinobatkan sebagai tiga pelajar terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan STPM 2021.
59 calon STPM Pahang peroleh PNGK 4.0
Sejumlah 59 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Pahang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Rabun sejak lahir tidak halang Niki raih keputusan cemerlang STPM
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh keputusan dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 membabitkan lima mata pelajaran.